CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 18, 2010

sejarah ringkas sek.keb.seri maulana

ha!nie nak citer cikit pasal sejarah ringkas sekolah seri maulana!nak tau x?
nie nak citer lah nie..
    pada tahun 1908 dengan arahan pemerintah inggeris ketika itu Tuan Maxwell(pegawai daerah pekan)serta dibantu oleh Tuan Kechik(Dato' Penghulu)dan En.Kenik(ketua kampong)tlah berusaha utk mencari tapak bagi mendirikansebuah sekolah.Maka,tahun itu juga wujudnya sebuah sekolah di kampong pulau jawa di suatu kawasan tepi sungai Pahang di Kg.Maulana.
    tapak sekolah itu didirikan diatas tanah kepunyaan atau milik Tuan Hj.ALIbin Arshad.Sekolah itu diberi nama "Sekolah Pekan Seberang" dengan menampung 30 orang murid lelaki dan 2 orang guru.Tn.Hj.Ali bin Arshad merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah tersebut.Manakala matapelajaran yang diajar mengikut konsep 3M,Membaca,Menulis dan Mengira.
     Dalam tahun 1918 Kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru(kali ke-2)dengan dua buah rumah guru di suatu tempat bernama Permatang Chicar(Tempat bangunan yang ade sekarang)sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Pekan Seberang.Selepas bangunan pertama ditutup,murid murid dan guru-guru telah dipindahkan ke bangunan ini.tapi malangnya bangunan ke-2 ini runtuh dan musnah sama sekali akibat ditiup angin kencang sebanyak dua kali pada akhir tahun 1944.
     Sepanjang tahun 1944 - 1947 murid-murid telah terpaksa belajar di bangunan sementara di rumah guru-guru ataudibawah naungan pokok di situ.
     Banguanan baru yang ke3 telah dibina pada tahun 1948bagi mengganti bangunan lama.sekolah ini dirasmikan oleh kebawah dymm sultan pahang(almarhumsultan abu bakar)dan akhirnyapada tahun 1950 Sekolah Melayu Pekan Seberang diberi nama Sekolah Melayu Pulau Jawa,Pekan.
   Pada tahun 1955 sebuah bangunan baru yang ke-4 telah didirikan bagi menampung kekurangan bilik-bilik darjah,tetapi dalam tahun 1975 sebahagian dari bangunan yang ke-4 ini telah diruntuhkan kerana tapaknya hendak didirikan bangunan yang ke-5 bangunan baru ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Seri Maulan sebagai mengambil sampena nama tapak bangunan yg pertama sekali didirikan di kg.maulana pada 10.06.1973.

petikan cerita dari;
Bekas Guru Besar sek.keb.seri maulana,
En.Yusof bin Dahlan.
tarikh:30.10.1985

                   akhirnya..siap gak.!huh!lenguh dah pinggang nie.huhu!!

0 comments:

Post a Comment